PSAS Bachelor Project Portal

Larvae of aedes spp: factors influencing the breeding in Precint 11, Putrajaya

Isa, Saadiah (2012) Larvae of aedes spp: factors influencing the breeding in Precint 11, Putrajaya. [Project Paper] (Submitted)

[img] Text
fpsk4 2012 44-.pdf

Download (20MB)

Abstract

Summary: Pengenalan: Kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi merupakan faktor peningkatan kes demam denggi. Selain dari sikap penduduk yang kurang megamalkan langkah¬langkah pencegahan, faktor lanskap yang kondusif pembiakan dan status kerintangan nyamuk terhadap insektisid dalam kawalan vektor juga turut terlibat dalam peningkatan pembiakan nyamuk. Objektif: Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor utama yang mempengaruhi kepadatan nyamuk Aedes di persekitaran dan kaitannya dengan kerintangan, lanskap rumah kediaman dan tingkah laku pencegahan yang telah diamalkan oleh penduduk. Kaedah: Persampelan dalam kajian ini menggunakan kaedah rawak mudah dan instrument kajian adalah soal selidik dan ovitrap. Sebanyak 96 responden telah ditemuduga berkaitan langkah¬langkah pencegahan yang diamalkan dan 33 ovitrap dipasang untuk mengukur tahap kepadatan nyamuk Aedes di kawasan kajian. Ovitrap telah diletakkan pada jarak 200 meter radius selama lapan minggu berturut-turut di kawasan yang dikenalpasti. Kemudian, Indeks ovitrap dikira menurut garispanduan dari Kementerian Kesihatan. Status kerintangan larva nyamuk di kawasan kajian terhadap permethrin dan temephos dijalankan berdasarkan kepada kaedah WHO 2005. Hasil: Kajian kerintangan menunjukkan larva kawasan kajian telah mengalami kerintangan terhadap permethrin dan termephos dengan peratus kematian masing-masing adalah 96% dan 11.25%. Kajian ovitrap pula mendapati peratus keseluruhan indek ovitrap 1uar dan dalam premis adalah tinggi iaitu 38.7% yang mana di klasifikasikan dalam tahap 3 iaitu kepadatan yang tinggi berdasarkan kepada Protokol Pengawasan dan Pemantauan Vektor melalui Ovitrap (Kementerian Kesihatan). Kajian ini juga menunjukkan bahawa lanskap yang kondusif untuk pembiakan nyamuk mempunyai perbezaan yang bermakna dengan nilai indeks ovitrap dalam premis (p = 0.030) dan indeks ovitrap 1uar premis ( p = 0.012). Manakala bagi ama1an pencegahan menunjukkan ko1erasi yang lemah dengan nilai indeks ovitrap dalam premis (r = 0.226 ; P = 0.027) dan ovitrap luar premis (r = -0.239 ; P = 0.019). Kesimpulan: Kajian ini mendapati kepadatan nyamuk yang tinggi di Persint 11, Putrajaya berkait rapat dengan status kerintangan vektor terhadap insektisid terkini yang digunakan dalam kawalan nyamuk. Selain itu, faktor amalan pencegahan dan juga lanskap yang kondusifpembiakan nyamukjuga mempengaruhi peningkatan pembiakan nyamuk di kawasan kajian.

Item Type: Project Paper
Faculty: Faculty of Medicine and Health Science
Depositing User: Ms Norafizah Radzuan
Date Deposited: 22 Nov 2022 06:24
Last Modified: 16 Feb 2023 00:15
URI: http://psaspb.upm.edu.my/id/eprint/188

Actions (login required)

View Item View Item