Alek, Isaac Axley (2025) Keberkesanan media sosial dalam penyebaran maklumat semasa bencana banjir di Bintulu, Sarawak. [Project Paper] (Submitted)
|
Text
S34222 ISAAC.pdf Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini menilai keberkesanan media sosial dalam penyampaian maklumat banjir melalui tiga objektif utama. iaitu menilai tahap keberkesanan maklumat, mengenal pasti perbezaan keberkesanan mengikut platform serta meneliti hubungan antara keterukan banjir dan interaksi pengguna. Reka bentuk tinjauan cross-sectional melibatkan 150 responden yang pernah mengalami bencana banjir dan aktif menggunakan media sosial, dengan data dianalisis menggunakan Skala Likert lima mata melalui kaedah Korelasi Pearson dan ANOVA menerusi perisian SPSS version 29, serta berpaksikan Teori Difusi Inovasi sebagai kerangka teori. Dapatan menunjukkan bahawa media sosial berfungsi pada tahap sederhana hingga tinggi (min 3.39-3.52), khususnya melalui kandungan visual, manakala analisis ANOTA memperlihatkan perbezaan signifikan bagi platform visual seperti TikTok, Instagram dan X (p < 0.05) berbanding platform tertutup seperti WhatsApp dan Telegram; hubungan antara keterukan banjir dan interaksi pengguna pula tidak signifikan (r = 0.003, p = 0.973), sekali gus menandakan bahawa penggunaan media sosial lebih dipengaruhi oleh kebiasaan digital berbanding intensiti krisis. Secara keseluruhannya, kajian ini mengesahkan peranan penting media sosial sebagai medium penyampaian maklumat banjir, namun keberkesanannya bergantung kepada jenis plattorm, mutu kandungan visual serta lahap literasi digial pengguna, sekali gus menyediakan asas empirikal untuk memperkukuh strategi komunikasi bencana di Bintulu.
| Item Type: | Project Paper |
|---|---|
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
| Faculty: | Faculty of Humanities, Management and Science |
| Depositing User: | Ms. Hairoon Juhaili |
| Date Deposited: | 11 Aug 2026 09:44 |
| Last Modified: | 13 Aug 2026 10:56 |
| URI: | http://psaspb.upm.edu.my/id/eprint/2927 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
