Abdul Malek, Azeef Izzuddin (2017) Seroprevalence of bluetongue virus infection among small ruminant in foster farm programme FPV, UPM. [Project Paper] (Submitted)
|
Text
lp FPV 2017 19.pdf Download (1MB) |
Abstract
Bluetongue merupakan sejenis penyakit wajib lapor yang disenaraikan oleh World Organisation for Animal Health (OIE) yang boleh memberi impak yang besar terhdap industri ruminan terutamanya bebiri. Biasanya bebiri akan menunjukkan tanda-tanda klinikal walaubagaimanapun ruminan lain juga akan menunjukkan tanda klinikal. Ladang-ladang kambing yang terlibat dengan Program Ladang Angkat UPM tidak mempunyai informasi yang lengkap mengenai status penyakit ini. Di Malaysia, laporan terakhir yang diketahui adalah pada tahun 1995 dan terdapat outbreak baru pada tahun 2009. Oleh itu, experimen ini telah direka untuk menentukan seroprevalens bluetongue dalam ruminan kecil yang terlibat dengan Program Ladang Angkat UPM dan untuk menentukan factor risiko yang berkaitan dengan seroprevalens penyakit ini. Sampel darah diambil dari 100 ekor kambing tanpa mengira umur, baka dan jantina. Sampel serum darah telah digunakan untuk mengesan antibodi terhadap BTV melalui ELISA. Keputusannya adalah negative bagi kesemua sampel. Seroprevalens sifar bagi Bluetongue dalam kajian ini boleh disebabkan langkah-langkah pencegahan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Organisasi bagi Kesihatan Haiwan Dunia (OIE). Kesimpulannya, kambing-kambing dari Program Ladang Angkat UPM adalah bebas daripada Bluetongue.
| Item Type: | Project Paper |
|---|---|
| Faculty: | Faculty of Veterinary Medicine |
| Depositing User: | Ms. Nordeena Abdul Aziz |
| Date Deposited: | 17 Jan 2023 06:29 |
| Last Modified: | 17 Jan 2023 06:29 |
| URI: | http://psaspb.upm.edu.my/id/eprint/705 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
