PSAS Bachelor Project Portal

Factors Associated with Risk of Malnutrition among Preoperative Patients at Selected Hospitals in Selangor

Sulaiman, Nurin Husnina (2022) Factors Associated with Risk of Malnutrition among Preoperative Patients at Selected Hospitals in Selangor. [Project Paper] (Submitted)

[img] Text
FPSK6 2022 18.pdf

Download (5MB)

Abstract

Malnutrisi di peringkat pra-surgikal merupakan faktor utama kepada peningkatan kadar penyakit dan kematian. Malnutrition Universal Screening Tool (MUST) telah digunakan sebagai bahan untuk menilai dan mengenal pasti tahap risiko malnutrisi, kerana ketepatannya dalam menentukan hubungkait malnutrisi dalam kalangan pesakit pelbagai jenis surgeri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kadar malnutrisi, dan hubungkait antara faktor sosiodemografi, latar belakang perubatan, faktor antropometri, pengambilan makanan, ciri-ciri fizikal berfokuskan nutrisi, penglibatan Pegawai Dietetik, serta bantuan sokongan nutrisi (Oral Nutrition Supplement) dengan risiko malnutrisi dalam kalangan pesakit pra-surgikal. Kajian keratan rentas ini mempunyai sampel kajian bersaiz 123 orang pesakit pra-surgikal dari Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dan Hospital Serdang. Pengumpulan data dijalankan dari Oktober 2021 sehingga April 2022. Maklumat berkenaan faktor-faktor berkaitan malnutrisi diperolehi. Kadar kelaziman pesakit berisiko mengalami malnutrisi adalah sederhana dengan peratusan 39.9%. Majoriti subjek ialah perempuan (68.3%), berumur bawah daripada 60 tahun (58.5%), dan berbangsa Melayu (70.7%). Sebilangan besar subjek menghidapi kanser (48.8%) dan mempunyai paras albumin yang rendah dengan nilai purata 32.74 ± 8.54 g/L. Pengambilan tenaga dan protein masing-masing mencatatkan nilai purata 1078.95 ± 493.60 kcal/hari dan 43.02 ± 25.88 g/hari. Kesemua pemboleh ubah mencatatkan hubungan yang ketara dengan risiko malnutrisi kecuali jantina, bangsa, dan komorbiditi. Justeru, hipotesis kajian diterima. Matlamat nutrisi yang utama adalah untuk menentukan dan menilai kondisi malnutrisi yang sedia ada sebelum pembedahan, mengatasi malnutrisi untuk memastikan kesediaan pesakit terhadap pembedahan adalah optimum, mencegah malnutrisi selepas pembedahan, serta menggalakkan anabolisme untuk proses penyembuhan

Item Type: Project Paper
Faculty: Faculty of Medicine and Health Science
Depositing User: Mr Khoirul Asrimi Md Nor
Date Deposited: 16 Aug 2023 01:37
Last Modified: 16 Aug 2023 01:37
URI: http://psaspb.upm.edu.my/id/eprint/977

Actions (login required)

View Item View Item