PSAS Bachelor Project Portal

Diet quality and other factors influencing body weight changes during covid-19 pandemic among low-income adults in Selangor, Malaysia

Ying, Tee Jia (2021) Diet quality and other factors influencing body weight changes during covid-19 pandemic among low-income adults in Selangor, Malaysia. [Project Paper] (Submitted)

[img] Text
FPSK3 2021 42...pdf

Download (2MB)

Abstract

Perubahan berat badan merujuk kepada kenaikan atau penurunan berat badan. Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada perubahan berat badan ini termasuklah faktor yang boleh diubah suai dan faktor yang tidak boleh diubah suai. Penularan wabak COVID-19 telah mengubah gaya hidup dan membawa norma baru sejak tahun 2020. Di Malaysia, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dan Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh telah menyebabkan kesan negatif terhadap ekonomi negara dan ianya secara majoriti mempengaruhi orang dewasa yang berpendapatan rendah ataupun kumpulan isi rumah B40. Dengan demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara faktor sosiodemografi, faktor gaya hidup, faktor emosi, dan perubahan berat badan semasa pandemik COVID-19 dalam kalangan orang dewasa yang berpendapatan rendah di Selangor, Malaysia. Seramai 142 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Majoritinya adalah wanita, bangsa Cina, dan pelajar yang berusia 28.73 ± 8.26 tahun secara purata berdasarkan analisis. Sejumlah 84.4% responden (n = 141) telah mengalami perubahan berat badan semasa pandemik ini, di mana lebih separuh daripada mereka (51.1%) mengalami kenaikan berat badan, manakala 33.3% responden mengalami penurunan berat badan. Usia (r = -0.226, p = 0.007) dan jantina (χ2 = 11.000, p = 0.004) didapati mempunyai perkaitan dengan perubahan berat badan, di mana wanita yang berusia muda lebih cenderung mengalami perubahan berat badan. Sementara itu, ‘buah-buahan’ (r = -0.200, p = 0.026) dan ‘makanan tinggi kandungan gula’ (r = 0.317, p = 0.038) dari indeks kualiti diet telah didapati mempunyai perkaitan dengan perubahan berat badan secara keseluruhan dan penurunan berat badan masing-masing. Hal ini menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan yang banyak dapat membantu mengawal berat badan, manakala pengurangan makanan tinggi gula dapat menurunkan berat badan. Tekanan juga menunjukkan korelasi yang ketara dan positif dengan perubahan berat badan secara keseluruhan (r = 0.180, p = 0.045). Responden berkemungkinan mengambil makanan manis semasa tertekan. Hal ini kerana tekanan berhubung kait dengan ketara dengan skor ‘makanan tinggi kandungan gula’ (r = -0.209, p = 0.020). Secara kesimpulannya, hasil kajian ini mendapati bahawa sejumlah besar responden mengalami perubahan berat badan semasa pandemik ini. Oleh itu, program pengurusan berat perlu diadakan. Faktor wanita yang berusia lebih muda, kurang mengambil buah-buahan dan banyak mengambil makanan tinggi gula serta individu yang kerap mengalami tekanan lebih cenderung mengalami kenaikan atau penurunan berat badan. Untuk cadangan kajian masa hadapan, pertanyaan mengenai perubahan pendapatan dan pekerjaan boleh ditambah supaya dapat membantu lebih memahami kesan pandemik seterusnya dapat mengenali kesannya terhadap perubahan berat badan.

Item Type: Project Paper
Faculty: Faculty of Medicine and Health Science
Depositing User: Ms Norafizah Radzuan
Date Deposited: 04 Sep 2023 07:10
Last Modified: 04 Sep 2023 07:10
URI: http://psaspb.upm.edu.my/id/eprint/1423

Actions (login required)

View Item View Item